Jumaat, 17 Februari 2012

Irfan Fazail - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Irfan Fazail - Google Blog Search


Benarkah <b>Irfan Fazail</b> Cinta Baru Nadia Zuber?

Posted: 16 Feb 2012 06:30 PM PST

[Image: 2162012_irfannadia(a).jpg]

Jika anda peminat setia sukan bola sepak tempatan, Murai Batu jamin, pasti anda mengenali pengacara TV program Scoreboard di saluran TV3 iaitu Nadia Zuber.

Sungguhpun nama Nadia tidaklah sepopular teman pengacaraan dalam program itu iaitu Tabah Sazwan Othman yang lagi galak apabila berkata-kata, Murai Batu yakin Nadia Zuber yang cantik orangnya mempunyai pengikut sendiri. Paling tidak pun, Nadia ada peminat misteri.

Apa sekalipun, Murai Batu baru saja menerima kiriman emel dari seorang peminat sukan bola tempatan yang bertanya kisah cinta terbaru Nadia Zuber.

Sebelum peminat lelaki ini mengutarakan soalan utama tentang kekasih baru Nadia Zuber, peminat yang tidak mahu dikenali namanya itu ada bercerita tentang Nadia Zuber.

Kira macam peminat fanatik kepada Nadia juga lah.

Apa yang menjadi perhatian Murai Batu, peminat ini ternyata amat mengetahui perkembangan Nadia Zuber sehingga ramai tidak mengetahui Nadia adalah bekas kekasih hati pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim.

Malah, lebih dashyat lagi, sumber itu memberitahu Murai Batu bahawa Nadia pernah dirisik Safiq untuk menjadi tunangannya.

Walau bagaimanapun, hubungan itu tidak menjadi apabila Safiq nekad meninggalkan Nadia.

Punca ditinggalkan tidak pula diberitahu sumber berkenaan kepada Murai Batu.

Cuma yang menjadi persoalannya sekarang, selepas cinta Nadia disingkir hati Safiq, Nadia dikatakan sudah beralih cinta dan memburu cinta pemain muda lagi berbakat iaitu Irfan Fazail. Benarkah begitu?

Dengarnya, hubungan pemain Harimau Muda si Irfan yang berasal dari selatan semenanjung tanah air bersama Nadia sudah menjadi bualan ramai di laman Twitter sehingga tersebarnya gambar kemesraaan mereka berdua.

Walaupun Murai Batu masih belum ketahui kesahihan hubungan tersebut, Murai Batu merasakan mungkin ada benarnya kerana sebelum ini Irfan yang ada hati dengan bintang Akademi Fantasia 7 (AF7) iaitu Aishah Bujang masih lagi solo dan sedang mengintai wanita untuk dijadikan suri dalam hatinya.

Sekali lagi, Murai Batu meminta skuad sukan Murai untuk turun padang mendapatkan pengakuan Irfan yang kini difahamkan sedang giat berlatih untuk perlawanan pasukan olimpik menentang Jepun pada 20 Februari ini.

Murai Batu harap, kedatangan editor murai.com.my nanti tidak akan menganggu Irfan yang mukanya saling tak tumpah seperti Nabil Raja Lawak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Irfan Fazail

Copyright 2010 All Rights Reserved