Selasa, 19 Jun 2012

Irfan Fazail - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Irfan Fazail - Google Blog Search


<b>Irfan Fazail</b> Kapten Skuad Muda | LigaSuper.My

Posted: 29 May 2012 07:58 PM PDT

Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Ong Kim Swee melantik Irfan Fazail sebagai kapten pasukan untuk mengetuai skuad muda negara.

Pemilihan Irfan sebagai kapten pasukan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan, sememangnya sudah dijangkakan memandangkan Irfan merupakan pemain paling berpengaruh dalam pasukan.

Menurut Kim Swee, faktor pemilihan Irfan juga disebabkan pengalaman pemain kelahiran Johor itu di peringkat antarabangsa serta pernah mengalas tanggungjawab sebagai keptan ketika Kim Swee membimbing pasukan bawah 16 tahun negara.

Bagi Irfan Fazail, tanggungjawab yang diamanahkan jurulatih Ong Kim Swee sememangnya tidak mudah kerana misi yang digalas untuk membawa pasukan melepasi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.

Irfan berkata, membimbing rakan sepasukannya membentuk pasukan yang mantap sebelum bermulanya kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun memerlukan kesabaran namun diakui ketika ini mental rakan pasukannya tampak masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk mengatasi kekurangan serta kelemahan pasukan.

Ketika bersama skuad Kim Swee, Irfan meraih pingat emas Sukan Sea di Jakarta Novermber lalu. Irafn juga antara tiga pemain yang pernah beraksi secara pinjaman bersama Vion FC di Slovakia tahun lalu.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan G bersama dengan Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Filipina dalam aksi kelayakan Piala AFC di Myanmar bermula 23 Jun depan.

- SUMBER

Related posts:

Mat Zan Tak Mahu Isu Ke Mahkamah

Eugene Akui Bukan Mudah Tewaskan Malaysia

Keputusan Ganjil Pengadil

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Irfan Fazail

Copyright 2010 All Rights Reserved