Khamis, 5 Julai 2012

Irfan Fazail - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Irfan Fazail - Google Blog Search


Cabaran Malaysia Kian Tegang : MalayaTigers – Berita Bola Sepak <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2012 09:48 PM PDT

KEJAYAAN tuan rumah Myanmar mengikat Korea Selatan, 0-0 pada kempen kelayakan Piala Asia 2013 Bawah 22 tahun (B-22) kelmarin pastinya menghadirkan tekanan kepada skuad negara yang bakal mengharungi baki dua lagi perlawanan Kumpulan G untuk menentukan tempat ke final kejohanan itu tahun depan.

Selain mengekalkan kedudukan di tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama pendahulu Korea, kemampuan Myanmar mencuri satu mata memberikan sedikit kelebihan psikologi buat mereka apabila menentang Taiwan dan Malaysia pada perlawanan terakhir.
Sekiranya Malaysia menewaskan Vietnam dan Myanmar meraih mata penuh menentang Taiwan hari ini, kedua-dua pasukan itu akan membuat perhitungan bagi merebut kedudukan tempat kedua terbaik dengan jangkaan, Korea tidak berdepan masalah mengatasi Filipina dan Vietnam bagi kekal selaku juara kumpulan.

Bagi jurulatih Ong Kim Swee, beliau sudah menduga situasi getir ini akan berlaku namun enggan membicarakan soal peluang mengatasi Myanmar kerana fokusnya kini hanyalah untuk meraih tiga mata penuh menentang Vietnam di Stadium Aung San terlebih dulu.
"Myanmar memiliki kelebihan satu mata dan mereka juga cukup bersemangat beraksi di depan penyokong sendiri. Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perlawanan terakhir kumpulan kerana fokus saya kini adalah menentang Vietnam esok (hari ini).
"Yang penting kita kena mencapai kemenangan dan terus memberi tekanan kepada pasukan di tangga teratas," katanya ketika dihubungi Arena Metro di Yangon semalam.

Malaysia kini menduduki tangga ketiga dengan enam mata hasil dua kemenangan berturut-turut ke atas Filipina 7-0 dan Taiwan 4-2 selepas tumpas kepada Korea 2-3 pada perlawanan pembukaan.
Sedikit meresahkan Kim Swee apabila pasukannya mula dihimpit dengan masalah kecergasan pemain berikutan waktu rehat yang singkat apabila hanya berehat sehari selepas perlawanan dengan Taiwan kelmarin.

"Kita semua sedia maklum, Vietnam antara pasukan yang bagus di rantau ini, mereka memiliki permainan pantas. Pemain harus berhati-hati dan saya harap tonggak utama Irfan (Fazail), Shahrul Saad dan Fandi (Othman) kembali cergas kerana mereka sudah beraksi tiga perlawanan," katanya.

SUMBER

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Irfan Fazail

Copyright 2010 All Rights Reserved