Jumaat, 11 Januari 2013

Irfan Fazail - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Irfan Fazail - Google Blog Search


Nadia Zuber Terpikat Sifat Kelakar Tunang <b>Irfan Fazail</b> - Gua.com.my

Posted: 08 Jan 2013 08:00 AM PST

Penyampai berita sukan TV3 dan program 'Scoreboard', Nurnadia Mat Zuber, 24, atau lebih mesra dipanggil Nadia tidak terlepas dari lensa masyarakat apabila sudah seringkali muncul di kaca televisyen. Sudah pasti beliau mempunyai pengikut atau peminat yang tersendiri yang seringkali ingin mengetahui kisah peribadinya.

Kesempatan yang diberikan ketika Majlis Sepetang bersama Buletin Utama di One World Hotel semalam, beliau dengan sendirinya mengakui bahawa kisah pertunangannya dengan pemain bola sepak Harimau Muda A, Irfan Fazail menjadi perhatian peminat dan juga pihak media.

"Ya, saya akui saya sebenarnya baru saja bertunang dengan Irfan pada 30 Disember lepas. Tak ada apa yang perlu saya sorokkan tentang pertunangan ini. Lagipun kami sudah berkawan hampir satu tahun lebih. Untuk bernikah pula yang pasti bukan pada tahun ini. Jika ada jodoh, besar kemungkinan tahun 2014 adalah tarikhnya. Kami tak mahu terburu buru dalam melangsungkan perkahwinan kerana masing-masing terikat dengan jadual kerja yang padat," katanya kepada GUA.

                                 

Bertanyakan mengenai detik perkenalannya dengan Irfan, Nadia memberitahu, "Saya mengenali Irfan atas urusan kerja sebenarnya, sewaktu hadir ke Wisma FAM bagi membuat liputan mengenai pasukan Harimau Muda. Dari situ kami berjumpa dan mula rapat apabila pasukan Harimu Muda A berlatih di Slovakia. Ramai yang kata saya mengambil kesempatan di atas tugas saya sebagai seorang wartawan untuk memikat dia. Tapi bagi saya ini semua adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya.

"Selain itu, apa yang ada pada Irfan ialah dia seorang yang kelakar dan selalu membuatkan saya ketawa apabila kami berjumpa. Kami juga jarang bergaduh. Kalau setakat merajuk itu biasalah tetapi tidaklah berpanjangan," ujarnya pada GUA.

Abu Bakar Atan Sebagai Idola
Sementara itu, sebagai penyampai berita sukan TV3 dan turut mengacara rancangan 'scoreboard' Nadia menjadikan Abu Bakar Atan sebagai idola dalam bidang penyampaian sukan. Katanya, ilmu yang diperolehinya belum cukup untuk dia sebaris dengan 'taiko' penyampai berita sukan terkini dan banyak yang perlu dia belajar sehinggalah dia benar-benar dikenali sebagai penyampai berita sukan.

"Nadia akui masih banyak yang perlu saya belajar tentang bidang penyampaian berita dan pengacaraan. Alhamdullilah, proses pembelajaran ini berjalan dengan lancar walaupun Nadia masih baru di dalam bidang ini. Besar harapan Nadia agar penonton dapat melihat Nadia sebagai satu-satunya wanita yang boleh berbual bicara mengenai sukan. Walaupun sebenarnya Nadia ni bukanlah aktif bersukan sangat tetapi pengetahuan tentang sukan itu sentiasa ada," ujarnya mengakhiri perbualan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Irfan Fazail

Copyright 2010 All Rights Reserved