Irfan Fazail - Google Blog Search |
Berita Harian | <b>Irfan</b>, Rozaimi dalam radar Liga-A Posted: 04 Feb 2013 03:10 PM PST Perlawanan terakhir skuad Harimau Muda A dalam siri latihan dan aksi persahabatan selama dua minggu di Australia bertemu juara bertahan liga utama Australia (Liga-A), Brisbane Roar petang ini turut disaksikan bekas pemain kebangsaan Australia, Brad Maloney. Tujuan utama Maloney, 41, yang kini menjadi pencari bakat untuk kelab-kelab Liga-A ialah menilai persembahan dan prestasi kapten Harimau Muda A, Irfan Fazail serta penyerang sensasi dari Sabah, Rozaimi Abd Rahman.
Saya hadir sesi latihan ini (semalam) untuk melihat persiapan skuad Harimau Muda A untuk bertemu Brisbane Roar. Ternyata Irfan dan Rozaimi menarik perhatian saya. Saya fikir mereka mampu lebih menyerlah jika diberi peluang beraksi di Liga-A. Apapun saya mahu lihat aksi mereka pada perlawanan sebenar, esok (hari ini) dan pesan saya, main seperti biasa saja. Lakukan seperti mana mereka buat dalam latihan dan segala-galanya akan berjalan lancar, kata Maloney ketika ditemui di Padang Latihan Carrara, Gold Coast, petang semalam. Skuad Harimau Muda A menang dua aksi persahabatan awal di Australia dengan menewaskan Palm Beach Sharks 5-1 dan Brisbane Lions 2-1 sebelum tewas 2-1 kepada Brisbane Olympic, Sabtu lalu. |
You are subscribed to email updates from Irfan Fazail - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan