Irfan Fazail - Google Blog Search |
Fadhli Shas Dan <b>Irfan Fazail</b> Sah Milik JDT - myNewshub Posted: 27 Oct 2013 02:02 AM PDT JOHOR BAHRU – Dua tonggak Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Super itu. Kedua-dua mereka menandatangani kontrak di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) di dalam satu majlis di Stadium Larkin hari ini. "Kedua-dua mereka adalah anak Johor dan saya amat berbangga serta teruja kerana mereka mahu kembali ke Johor dan menabur bakti untuk masa depan bola sepak Johor," katanya kepada pemberita di sini. Walaupun kontrak kedua-dua pemain Harimau Muda itu adalah untuk dua tahun, tetapi Mohd Fadhli dan Irfan mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama JDT, menurutnya. Tunku Ismail berkata tonggak Harimau Muda itu akan menyertai skuad JDT bimbingan jurulatih Cesar Ferrando Jimenez selepas tugasan mereka bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selesai selepas Sukan SEA Disember ini. Pasukan JDT akan mula berkumpul bagi persiapan musim depan pertengahan bulan ini dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab luar negara termasuk daripada Jepun dan China serta kemungkinan Boca Juniors daripada Argentina, katanya. Mengenai nasib seorang lagi tonggak Harimau Muda kelahiran Johor, Mohd Fandi Othman, beliau berkata rundingan masih dijalankan dengan pemain itu berkemungkinan menyertai JDT penghujung tahun depan. Sementara itu, Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, pula berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor. "Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, " katanya. Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan JDT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini. "Keputusan untuk menyertai JDT musim depan adalah pilihan yang amat tepat. Ia adalah peluang untuk menaikkan nama Johor," katanya yang akan bergandingan dengan beberapa pemain ternama negara dan luar musim depan. Di antara nama-nama besar yang akan menyarung jersi merah biru JDT musim depan termasuk bekas penyerang kebangsaan Argentina, Pablo Aimar dan bekas penyerang kelab Athletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez. Selain Mohd Fadhli dan Irfan, PBNJ menurut Tunku Mahkota Johor juga sedang berunding untuk membawa masuk kapten juara Liga Super musim ini, Lions X11, Shahril Ishak untuk bermain dengan pasukan Liga Perdana Johor musim depan. "Rundingan sedang dijalankan dan keputusan kita jangkakan pada minggu depan. Bagaimanapun, Shahril telah pun menyatakan hasrat dan minatnya untuk bermain dengan Johor," katanya. Selain Shahril, tonggak pertahanan Lions X11 Baihakki Khaizan juga akan menyarung jersi pasukan Johor musim depan manakala Hariss Harun pula akan menyarung jersi JDT. Mengenai masa depan Safee Sali dengan JDT musim depan, beliau berkata perkara itu masih dalam rundingan tetapi Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim akan kekal dengan JDT musim depan.- BERNAMA Fadhli Shas Dan Irfan Fazail Sah Milik JDThttp://mynewshub.my/2013/10/27/fadhli-shas-dan-irfan-fazail-sah-milik-jdt/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/JDT2-1024x640.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/JDT2-150x150.jpg mySukanTerkiniHarimau Muda,JDT,Liga SuperJOHOR BAHRU - Dua tonggak Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Super itu. Kedua-dua mereka menandatangani kontrak di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak... JOHOR BAHRU - Dua tonggak Harimau Muda, Mohd Fadhli Shas dan Irfan Fazail sah menjadi milik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) apabila menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Super itu. Kedua-dua mereka menandatangani kontrak di hadapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) di dalam satu majlis di Stadium Larkin hari ini. "Kedua-dua mereka adalah anak Johor dan saya amat berbangga serta teruja kerana mereka mahu kembali ke Johor dan menabur bakti untuk masa depan bola sepak Johor," katanya kepada pemberita di sini. Walaupun kontrak kedua-dua pemain Harimau Muda itu adalah untuk dua tahun, tetapi Mohd Fadhli dan Irfan mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak selama dua tahun lagi bersama JDT, menurutnya. Tunku Ismail berkata tonggak Harimau Muda itu akan menyertai skuad JDT bimbingan jurulatih Cesar Ferrando Jimenez selepas tugasan mereka bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selesai selepas Sukan SEA Disember ini. Pasukan JDT akan mula berkumpul bagi persiapan musim depan pertengahan bulan ini dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab luar negara termasuk daripada Jepun dan China serta kemungkinan Boca Juniors daripada Argentina, katanya. Mengenai nasib seorang lagi tonggak Harimau Muda kelahiran Johor, Mohd Fandi Othman, beliau berkata rundingan masih dijalankan dengan pemain itu berkemungkinan menyertai JDT penghujung tahun depan. Sementara itu, Irfan, yang juga kapten Harimau Muda, pula berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor kerana membantu merealisasikan hasratnya untuk berbakti kepada Johor. "Saya akan menggunakan segala pengalaman bersama Harimau Muda dalam menaikkan lagi nama pasukan Johor Darul Takzim, " katanya. Bagi Mohd Fadhli pula, pilihan untuk bermain dengan JDT musim depan adalah keputusan yang amat tepat berikutan daripada kebangkitan bola sepak Johor pada ketika ini. "Keputusan untuk menyertai JDT musim depan adalah pilihan yang amat tepat. Ia adalah peluang untuk menaikkan nama Johor," katanya yang akan bergandingan dengan beberapa pemain ternama negara dan luar musim depan. Di antara nama-nama besar yang akan menyarung jersi merah biru JDT musim depan termasuk bekas penyerang kebangsaan Argentina, Pablo Aimar dan bekas penyerang kelab Athletico Madrid, Braulio Nobrega Rodriguez. Selain Mohd Fadhli dan Irfan, PBNJ menurut Tunku Mahkota Johor juga sedang berunding untuk membawa masuk kapten juara Liga Super musim ini, Lions X11, Shahril Ishak untuk bermain dengan pasukan Liga Perdana Johor musim depan. "Rundingan sedang dijalankan dan keputusan kita jangkakan pada minggu depan. Bagaimanapun, Shahril telah pun menyatakan hasrat dan minatnya untuk bermain dengan Johor," katanya. Selain Shahril, tonggak pertahanan Lions X11 Baihakki Khaizan juga akan menyarung jersi pasukan Johor musim depan manakala Hariss Harun pula akan menyarung jersi JDT. Mengenai masa depan Safee Sali dengan JDT musim depan, beliau berkata perkara itu masih dalam rundingan tetapi Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim akan kekal dengan JDT musim depan.- BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratormyNewshubIrfan Fazail Dan Rozaimi Bakal Jalani Ujian Pemilihan Bersama Kelab Australia | Nampaknya kelab bolasepak luar negara mula membuka mata terhadap bakat pemain muda negara. Sebelum ini, Nazmi Faiz dan Fakri Saarani pernah beraksi dengan kelab Portugal dan diikuti oleh Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pula ke FC Ryukyu, Jepun. Terbaru, khabarnya dua lagi pemain Harimau Muda A berpeluang mengikut jejak langkah mereka. Menurut laporan Harian Metro, dua pemain itu, kapten dan pemain perancang tengah Mohd Irfan Fazail dan penyerang Rozaimi Abd Rahman yang kini mendapat perhatian salah sebuah pasukan elit Liga Australia. Setakat ini tawaran yang diberikan kelab yang pernah menjadi juara liga itu hanyalah ujian pemilihan yang dijangka diadakan pada Ogos ini, namun perkembangan itu dianggap cukup baik oleh pengendali Harimau Muda A Ong Kim Swee. Kim Swee yang enggan mendedahkan nama kelab berkenaan buat masa ini berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh sesuai bagi menghantar Irfan dan Rozaimi menjalani ujian itu. "Kelab itu sudah meminta kami untuk menghantar Irfan dan Rozaimi pada Ogos. Kemungkinan mereka akan ke sana dalam tempoh seminggu hingga dua minggu. Cuma buat masa ini tarikh sebenar belum ditetapkan dan ia masih dalam perbincangan. Perkara ini perlu diteliti sebelum membuat keputusan memandangkan skuad ini mempunyai jadual padat pada Ogos sebagai persiapan ke Sukan SEA Myanmar. Bagi saya walaupun ia hanyalah ujian pemilihan, tapi ia satu perkembangan positif kerana memberi peluang kepada Irfan dan Rozaimi mencuba nasib dengan kelab itu," katanya dalam laporan berkenaan. " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();Category: BOLASEPAK MALAYSIA |