Ahad, 13 Oktober 2013

Irfan Fazail - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Irfan Fazail - Google Blog Search


<b>Irfan Fazail</b>, Fadhli Shas Hampir Pasti Milik JDT - Suara Generasi Baru

Posted: 10 Oct 2013 12:17 AM PDT

Irfan Fazail, Fadhli Shas Hampir Pasti Milik JDT

johor_darul_takzim_wallpaper_9_by_mirul-d5vq86a

KUALA LUMPUR : Kapten Harimau Muda A, Irfan Fazail dan pemain pertahanan, Fadhli Shas hampir pasti meninggalkan skuad B-23 negara untuk menyertai pasukan berbelanja besar, Johor Darul Takzim (JDT) dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2014.

Namun berbeza pula pendirian penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan yang masih mahu berguru setahun lagi dengan jurulatih penjaga gol Harimau Muda A, Yong Wai Hwang sambil pemain sayap, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan penyerang, Ahmad Hazwan Bakri juga dijangka memilih untuk kekal berbanding pulang ke pasukan asal mereka, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Seorang lagi pemain iaitu A Thamil Arasu pula dikatakan masih 50-50 untuk kembali ke negeri asalnya, Selangor atau kekal bersama Harimau Muda A.

"Saya sudah bincang dengan Terengganu dan memang mereka mengalu-alukan kepulangan saya. Tapi saya rasa mahu terus kekal dengan Harimau Muda A tahun depan kerana mahu belajar lebih banyak lagi dan berasakan belum cukup matang untuk beraksi bersama pasukan negeri di Liga-M.

Terpikat rancangan JDT

"Saya bimbang jika tidak mendapat tempat sebagai penjaga gol utama negeri, saya tak dapat teruskan rentak yang saya dapat bersama Harimau Muda A dan juga pendedahan latihan di luar negara," kata Izham Tarmizi yang khidmatnya turut diintai Sarawak dan FELDA United.

Namun berbeza pula dengan Irfan yang berasakan sudah tiba masanya dia mencari cabaran baru pada usia yang bakal mencecah 23 tahun pada 2014 selepas berada di bawah jagaan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee sejak dari usianya 16 tahun.

"Sejak tingkatan empat saya menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan rasanya sudah tiba masa saya kembali menabur bakti ke negeri asal. Lagi pun jurulatih (Kim Swee) faham dan memberi lampu hijau.

"Saya melihat JDT mempunyai perancangan besar musim depan dengan sasaran layak ke Piala AFC 2015. Jadi saya sendiri mahukan cabaran baru dengan pasukan baru kerana sudah terlalu lama bersama Harimau Muda sekali gus meningkatkan karier saya," kata Irfan yang beraksi di posisi tengah.

Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan hanya enam pemain Harimau Muda A yang kesemuanya berusia 22 tahun itu dibenar mengadakan rundingan dengan pasukan negeri dan kelab untuk diwakili musim depan dan ia perlu diselesaikan hujung bulan ini supaya tidak mengganggu persiapan skuad B-23 negara ke Sukan SEA di Myanmar, Disember ini. – Bharian.

Artikel disiar pada 10/10/2013 - 3:17 pm oleh SGBSelangor-Bai

<b><b>Irfan Fazail</b></b>: <b><b>Irfan Fazail</b></b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2013 01:36 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Irfan Fazail</b>: <b>Irfan Fazail</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2013 01:07 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Irfan Fazail</b>: <b>Irfan Fazail</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 01:25 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>irfan fazail</b> dan rozaimi bakal jalani ujian pemilihan - ammboi dot com

Posted: 27 Mar 2013 05:00 PM PDT

Irfan Fazail Dan Rozaimi Bakal Jalani Ujian Pemilihan Bersama Kelab Australia | Nampaknya kelab bolasepak luar negara mula membuka mata terhadap bakat pemain muda negara. Sebelum ini, Nazmi Faiz dan Fakri Saarani pernah beraksi dengan kelab Portugal dan diikuti oleh Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pula ke FC Ryukyu, Jepun.

Terbaru, khabarnya dua lagi pemain Harimau Muda A berpeluang mengikut jejak langkah mereka. Menurut laporan Harian Metro, dua pemain itu, kapten dan pemain perancang tengah Mohd Irfan Fazail dan penyerang Rozaimi Abd Rahman yang kini mendapat perhatian salah sebuah pasukan elit Liga Australia. Setakat ini tawaran yang diberikan kelab yang pernah menjadi juara liga itu hanyalah ujian pemilihan yang dijangka diadakan pada Ogos ini, namun perkembangan itu dianggap cukup baik oleh pengendali Harimau Muda A Ong Kim Swee.

irfan fazail dan rozaimi

Kim Swee yang enggan mendedahkan nama kelab berkenaan buat masa ini berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan untuk menetapkan tarikh sesuai bagi menghantar Irfan dan Rozaimi menjalani ujian itu.

"Kelab itu sudah meminta kami untuk menghantar Irfan dan Rozaimi pada Ogos. Kemungkinan mereka akan ke sana dalam tempoh seminggu hingga dua minggu. Cuma buat masa ini tarikh sebenar belum ditetapkan dan ia masih dalam perbincangan. Perkara ini perlu diteliti sebelum membuat keputusan memandangkan skuad ini mempunyai jadual padat pada Ogos sebagai persiapan ke Sukan SEA Myanmar. Bagi saya walaupun ia hanyalah ujian pemilihan, tapi ia satu perkembangan positif kerana memberi peluang kepada Irfan dan Rozaimi mencuba nasib dengan kelab itu," katanya dalam laporan berkenaan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tags: , , , , , , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Soal wang no 2 - <b>Irfan Fazail</b> - Brothers Sam Selamanya - Blogger

Posted: 09 Oct 2013 10:07 PM PDT

Kuala Lumpur: "Kami tidak akan memusnahkan karier dan pelaburan jutaan ringgit yang diterima selama ini".
Itu janji kapten Harimau Muda A Irfan Fazail, salah seorang enam pemain yang diberikan pilihan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya mahu meninggalkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee penghujung tahun ini.
"Sudah ada contoh sebelum ini bagaimana bekas pemain yang meninggalkan pasukan gagal mengekalkan prestasi. Saya serta rakan yang lain bertekad tidak mahu ia berulang dan berjanji akan mengekalkan prestasi sebaik mungkin terutamanya disiplin bagi memastikan mampu mendapat perhatian jurulatih bagi mewakili negara pada masa depan," kata perancang tengah berusia 22 tahun kelahiran Johor itu.
Kebimbangan mengenai prestasi bintang muda negara tercetus apabila beberapa pemain meninggalkan skuad bawah 23 tahun negara sebelum ini gagal mempamerkan aksi konsisten dan terbaik walaupun mendapat bayaran lumayan.
Selain Irfan, lima lagi pemain yang diberikan pilihan oleh FAM membabitkan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Mohd Fadhli Shas, Izham Tarmizi Roslan, A Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri dengan kesemuanya masih diterima sehingga penghujung tahun depan seandainya mahu kekal bersama Harimau Muda A yang mempunyai tugasan besar menghadapi Sukan Asia 2014 di Korea Selatan.
Beberapa pemain berkenaan dilapor mendapatkan tawaran lumayan hingga ada yang mencecah RM30,000 sebulan namun Izham Tarmizi dan Ahmad Hazwan membayangkan untuk kekal bersama Harimau Muda A.
Mengenai hala tuju diri sendiri, Irfan berkata, dia masih menanti tawaran konkrit daripada Johor Darul Takzim (Johor DT) seandainya kelab berkenaan benar-benar beminat mahu mendapatkan khidmatnya.
"Saya sememangnya mengharapkan cabaran baru dan mungkin masanya sudah tiba pada tahun depan untuk beraksi bersama pasukan lain. Namun saya masih menantikan tawaran konkrit mengenai perkara ini," katanya.
Malah dia menyuarakan keyakinannya untuk bersaing dalam kesebelasan utama walaupun terdapat ramai pemain berpengalaman dan senior seandainya bersama Johor DT musim depan.
"Saya yakin dengan pengalaman diraih bersama Harimau Muda A selama ini dan pendedahan perlawanan di Eropah mampu memberikan peluang kepada saya merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Irfan Fazail

Copyright 2010 All Rights Reserved